Showing posts with label test. Show all posts

TEST JPJ

Assalamualaikum

Cerita kita hari ini fefeeling pasal test JPJ.
Ingatkan masa ambil SPM je ade feeling (takut + nervous gila). Takut ni bukan takut kena marah. Takut buat salah. Ups tu dah negative dah tu. Cubalah percaya sikit pada diri tu  Rupanya ambil Ujian JPJ ni pun sama.
Rasanya semuanya disebabkan perkataan “ujian” hoho harus kita hapus perkataan UJIAN ni. So hari yang bertuah untuk berjumpa dengan JPJ ni adalah pada hari Jumaat. Sesampai sahaja di tempat belajar memandu pandang kiri , kanan , depan , belakang semua arahlah  nampak pegawai JPJ.

Biasanya , pergi kelas memandu dengan besties. Ditakdirkan pada test JPJ jumaat lalu pergi sendiri dengan instructor. Jadinya , memang alone lah. Tapi bagus juga tak de kawan bercakap and yes u need to calm by urself. Bila nervous bercakap bukanlah option yang terbaik. Elakkan okay , elakkan bercakap masa nervous.
So , bila dah ramai sangat tanya test JPJ ni macam mana? Mula-mula kena buat apa?

First sekali lepas instructor ambil borang dalam office. You guys akan dapat name tag number giliran dengan borang. Ha perlu diingatkan nametag tu wajib pakai kat mana-mana pun. Kalau you guys x nak kena marah. Hahaha (gelak jahat : jangan cakap I x payung tips).

Bila dah dapat borang + name tag tu korang kena pergi terus dekat kaunter. Depends tempat lah , macam tempat syasya ambil dekat kapar. So kena register dekat kaunter oren. (rupa kaunter tu macam bilik). Bila dah register pegawai JPJ yang bertugas akan suruh pergi dekat tempat Pegawai JPJ yang tengah buat RPK dan RSM. Masa tu you guys kena kawal segala gemuruh dan gabra. Doa banyak-banyak agar semua urusan dipermudahkan. Jangan layan sangat gemuruh tu sebab takut apa yang you guys hafal RPK & RSM tu lupa begitu je. Haaa kan dah rugi mark kat situ. Huhuhu


Masa ni tengah tunggu turn.Gambar pun random!




Third step is , tunggu arahan pegawai JPJ tu. Pegawai jpj yang bertugas dekat kaunter oren tu suruh you guys pergi buat (bukit). Eh bukan suruh you guys buat bukit kumpul tanah banyak-banyak supaya tinggi then jadi bukit. BUKAN eh! Buat bukit means MASA UNTUK UJIAN LITAR . Duduk dulu tunggu turn dipanggil , masa ni duduk ar dulu kat tempat ruang menunggu sambil menonton drama live depan mata. Masa ni lah you guys akan tengok Pegawai JPJ akan kata “gagal” tapi dengan menyabut nametag anda yang digantung di tingkap kereta. Masa tu jugalah you guys akan rasa makin gemuruh. Haha pengalaman perempuan gini lah , kalau lelaki tak tahu lah macam mana rasanya.

Forth step , is your turn! Hahahaha. So number anda akan dipanggil , beratur lah kalau dia suruh beratur. Tunggu turn untuk dapat kereta. Bila dah dapat kereta gantung nametag you guys dekat tingkap. Pakai tali pinggang siap-siap dan betulkan kedudukan kerusi ikut keselesaan. Ingat ni step paling penting kot kalau tak nak gagal! Time buat bukit ni ikut tempat masing-masing lah ikut macam mana instructor korang ajar lah cemmana nak berhenti , bila nak keluarkan tangan en. Lain tempat lain cara. Lepas buat bukit , park kereta. Weyh park kereta ni serious talk buat betul-betul. Buat dengan teliti dan ikut step! Kalau tak nak kecewa. Buat macam mana instructor suruh.

Fifth , kalau pegawai JPJ ang tengok you guys park tu kasi lulus keluar , elok-elok. Jangan gelojoh! Tahulah dah pass parking :3 . Then buat 3 penjuru. Time 3 penjuru ni pun haha syasya pun agak gemuruh gak sebab JPJ nya duduk dekat betul-betul tempat tanda kita kena stop. Ha mana tak nya , dia pandang kita macam nak makan orang haha. Psst : Semua Pegawai JPJ pakai kaca mata hitam. Bila dah pass tu dah boleh stop kejap kat tepi ambil borang kat pegawai then terus pergi buat litar baagian “s” dah siap buat litar bahagian “z”.

Sixth step . Eh dah sixth? Panjang juga syasya bebel ni. Langkah seterusnya ialah ambil borang dekat pegawai  JPJ yang bertugas dan buat apa yang disuruh seperti tulis nama , tandatangan dan letak nombor ic. Jangan lupa cakap TERIMA KASIH.  Berbudi Bahasa sikit walau dimana anda berada! Ingat tu!

Seventh step . Pergi jumpa pegawai bertugas yang tunggu dekat bahagian ujian jalan luar dan serahkan borang anda. Tunggu lah lagi sekali untuk turn haha. Tunggu dengan penuh sabar jangan merungut. Banyakkan istighfar dan berdoa agar segalanya dipermudahkan.

         


Masa ni hari jumaat. Sebabkan candidate terlalu ramai dan sudah sampai masanya untuk solat jumaat. Jadinya ada rest 2 jam lepaskan untuk candidate dan pegawai JPJ lelaki muslim untuk solat jumaat. Yang perempuan solat lah zohor. Eh memacam pulak kamu.

Dah panjang sangat dah ni ceritanya haha. Overall act depend tempat masing-masing. Tapi dah buat survey kat beberapa negeri test diaorg majority step sama cuma bezanya kedudukan lah hahaha.
Oh ye I wish you all the best and drive safely to get P license. Okiess. Kalau boleh buat test tu betul-betul tak payah repeat lagi tak delah kena bayar lagi. Berjimat sikit :p


Roger me bila you guys dah dapat P okay! taratataa


Nota kaki :
-          Tolong bersihkan telinga korang sebelum pergi TEST JPJ kot kot lah korang ni jenis yang pendengaran kurang jelas. So dapatlah membantu penyerapan bunyi dengan jelas. Takde lah kena marah kalau pegawai panggil then korang tak dengar kan! Hehehehe .

-          Elakkanlah daripada pasang earphone kalau TEST JPJ belum selesai. Nanti menyusahkan ramai orang.

Em entri pergi europe tu masih lagi on writing. Haha (pebat kot tapis gambar rasa macam nak update semua!!) 
bye bye terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca ;)

sincere
Farzana Syasya





SPM ended !

Assalamualaikum semua ,
Alhamdulillah bersyukur kehadrat illahi SPM dah habis and i was so HAPPY!
as I promise before this , nak update pasal TRIP 2 EUROPE !
jyeahhh..
SOON okay sedang ingatkan balik memori kat sana.

SPM?
so far so good , so far so tough ,
benda dah lepas jangan dikenang :')

USAHA dah , tinggal doa & Tawakkal je.
Oh ya for next year SPM's Candidate good luck and make sure to prepare your mind.
Please do prepare urself from now!
 don't study last minute.

oh yess , kita orang dah graduate before SPM dalam Majlis Restumu
Alhamdulillah bersyukur sangat sebab dapat graduate dengan besties and dapat anugerah as "Remaja Berbudi Bahasa" *bang..bang..*



yeay dah graduate ^^



dari depan : dalila aina syasya

Majlis ini diadakan atas sebab untuk menghargai dan memberi semangat kepada kami untuk meneruskan perjuangan sehingga ketitisan ink pen yang terakhir :').
Jutaan Terima kasih buat semua guru-guru yang pernah ajar saya daripada saya tingkatan 1 sehingga lah tingkatan 5. Segala pesanan yang setiap kali dibisikkan pada telinga kami semua akan saya ingat sehingga akhir hayat. Terima kasih juga atas setiap pengorbanan guru-guru yang tak pernah berptus asa mengajar kami sehingga kami faham. 

Terima kasih juga buat rakan-rakan yang tak pernah jemu dengan saya selama bersekolah dekat sini.
Terima kasih classmate <3 saranghea . Terima kasih untuk dua tahun ni . 
Terima kasih sebab kuat mengharungi segala perit , pahit , masin , masam dan manis selama dua tahun ni. ( 2014 -2015) . Sayang korang ketat2 , tak de longgar. *over pulak*
tahun 2015 classmate ramai pindah so total murid dalam kelas berkurangan sehingga menjadi 29 orang sahaja...



classmate 2014-2015


Jamuan kelas before SPM


Ni deskmate <3 saranghea! 
rindu pulak :( 
sekarang mesti dah jarang nak jumpa..



kiri : oo bi yi 
My best chineese's friend ever :)
Do keep in touch ya !

kanan : along :') ( bendahari kelas) 
sherleen.
My best chindian's friend ever :)

thank you girls for the memory <3


this is annu's gang 

kiri : jayneetha , me , devayani , annusyia

still my best indian's friend. ILY


Hye fatin ^_^
thank you for the memories .
Nice to know you :)




Hye Dayah :D
Guru sejarah . nice to know you too .
Thank you for the memories , saranghea <3


Hye Nacchiya , my besties in class <3
Thank you for everything ya love you. 



Deskmate bio , physics , chemistry and agama. 
Hye Nur Shafilla. 
Thank you for everything <3.



puberty hit us :p

Actually banyak lagi gambar , cukup lah dulu dengan gambar2 ni.
The Reason kenapa tulis nama diaorang supaya one day nanti tak lupa nama diaorang :') 
almaklum lah manusia kan mudah  lupa .. *kui kui*

Thank you for school memories girls.. Good luck in future hope to meet you girls soon and Welcome to real world. No more school life okay!
See you girls masa ambil result spm nanti. I love you girls so much!

- FS 
instagram : @gadislensa
twitter : @farzanasyasya2