Showing posts with label travel. Show all posts

Trip to Europe ; Europe tips

Assalamualaikum

Sejak dah habis SPM ni busy dengan budak tadika , Kdrama Maraton , kursus dan Novel Marathon.
Sambil tu update untuk opening I-Lensa . 
Korang mesti tertanya-tanya kan I-Lensa tu ape? haha *gelak sinis* 

Nak update post ni lah part yang peling mencabar akal dan minda.
Sebab yelah kan benda dah lepas , lepastu kena ingat balik nama-nama tempat tu dan entry tu telah pun selamat dan tersemat dekat draft. Nanti ada masa saya update huhu. 

Okay ni tengah ada masa kosong ni saya update untuk tips dulu. Baru tips belum lagi cerita masa kat sana. Banyak benda ni nak cerita! Banyak gila haha

Actually tak pernah terniat pun nak pergi Europe ni sebab dulu cuma teringin nak pergi london je. Simpan dulu soalan tu untuk my next upcoming entry. Trip to Europe . Trip dah habis lama berabad rasanya, tapi kenangan masih tersisa lagi huhu. Masih tak boleh move on dengan trip tu.Rasa macam tak puas hati sebab sangat sekejap kot 2 minggu lebih je... Kena buat comeback setiap satu country spend around 2-3 minggu.
Hahaha banyak duit kena guna tu so , kita menabung daripada sekarang okay! 
eh jap jap baru teringat entry yang lepas pasal trip to Turkey part 2 tak update lagi hahaha.. teruk betul. 
So here we go!

Tips  to Europe.



Benda pertama sekali yang syasya nak sentuh sekarang ni ialah , PASSPORT. Benda yang boleh dikatakan paling penting sebelum korang nak apply melancong kemana-mana.

1. Passport




Sila pastikan anda mempunyai passport yang sah untuk jangkamasa lawatan anda di negara Eropah.
Sebagai contohnya jika korang ingin berada di UK atau negara Eropah dari 1 Jun 2016 hingga 18 Jun 2016 sila pastikan passport korang sah dalam masa tarikh tersebut. Jika passport anda tamat tempoh sahnya pada 10 Jun 2016 meskipun korang masih boleh dibenarkan untuk datang ke UK namun apabila pulang nanti korang pasti akan ditahan pihak imigresen UK atau Malaysia atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. Akibatnya samada jika ditahan di UK atau dinegara Eropah anda akan dihantar terus pulang.

Jangan kata syasya tak ingatkan korang ye , PASSPORT benda paling penting gila.


2. Visa

Jika anda datang ke UK dan ingin tinggal tidak melebihi 6 bulan dari tarikh sampai , anda tak perlu memohon visa di Malaysia. Anda akan diberikan VISA PELAWAT secara automatik sebaik sahaja pihak imigresen UK berpuas hati bahawa kedatangan anda ke UK adalah untuk melancong bukan untuk tinggal atau bekerja di UK. 

Keistimewaan ini hanya diberikan  kepada negara-negara COMMONWEALTH dan status ini masih diberikan kepada negara kita Malaysia. 
( untuk negara-negara Commonwealth yang tidak diberikan keistimewaan ini sila klik disini )

Yang dimaksudkan didalam web diatas ialah untuk visa pelancong sahaja tetapi jika anda datang ke UK sebagai pelajar atau untuk bekerja atau mempunyai niat untuk tinggal di UK melebihi 6 bulan maka anda wajib memohon visa dari Malaysia bukan di UK. 

Sama seperti passport kegagalan untuk berbuat demikian menyebabkan anda tidak dibenarkan masuk dan akan dihantar pulang serta merta.

3. Bersemuka dengan Pegawai Imigresen di Kaunter.

Banyak rakan-rakan kita yang terkandas di airport UK sebaik saja tiba. Antara sebabnya ialah mereka tidak memiliki atau memnuhi 2 syarat di atas.  Seyogia diingatkan, sekalipun anda memenuhi syarat-syarat diatas namun visa hanya akan diberikan sekiranya anda berjaya menjawab segala pertanyaan pegawai imigresen dengan baik lagi meyakinkan,


4. Flight


Ni AirAsia Airbus.


Yes , tambang murah memang kadang-kadang agak sempit tempat dan makanan mestilah prebook awal supaya tidak membayar mahal untuk travel.

Saya travel banyak kali dengan AirAsia dan MAS. Saya juga ada travel dengan menggunakan Emirates Airlines , Turkish Airlines dan Vietnam Airlines.

Saya sarankan anda semua buat survey 6 bulan sebelum nak pergi bercuti. Lebih baik dapat harga Matta Fair yang kadang-kadang murah berbanding jika anda beli secara online.

Harga tiket Kapal Terbang :
1. Sekitar RM 1800 - RM 2000 ( Air Asia )
2. Sekitar RM 3000 - RM 4500 ( Emirates Airlines / Malaysia Airlines (Offer Fare))

Tetapi harga tiket kapal terbang ini bergantung pada situasi dan masa anda beli.

Waktu saya ke Europe , saya travel dengan Emirates Airlines. Saya memilih Emirates Airline kerana selesa , dan besar sesuai untuk perjalanan yang memakan masa dalam berbelas jam. Kaki pun tak lenguh ada tv provided. Itu yang paling penting :D

Sebenarnya pemilihan kapal terbang ketika melancong adalah ikut pada diri kita sendiri .




Ni Business Class - Emirates Airlines.


Before masuk Emirates Airlines


5. Tourist Information Point 

Sebaik sahaja tiba di bandar make sure anda semua berhenti di biro pelancongan untuk diskaun , peta percuma dan acara-acara yang percuma. Kalau anda datang ke Europe tanpa Pemandu Pelancong okiess.

6. Currency 

Depends dengan harga semasa. Disebabkan saya pergi 6 negara ada beberapa negara yang gunakan mata wang mereka , yang tak terima USD $ nanti saya mention pada entri seterusnya.

But one thing you should know is masa anda shopping di negara orang , jangan compare dengan duit kita. Nanti rasa ralat dan nak menangis time tu juga.

Make sure convert duit awal-awal dekat negara kita. Dekat sana memang susah sikit nak cari agent yang terima MYR. Plus jangan simpan duit banyak banyak tu setempat je . Asingkan letak sikit dekat wallet , dalam backpack and dalam luggage. Untuk keselamatan. 

( Paris , Brussels ada ramai pick pocket - so beware )


Any questions u guys boleh drop dekat comment box bawah. Yang nak tengok gambar sepanjang syasya dekat sana , boleh singgah instagram page , @gadislensa ataupun cari je hashtag #GadislensaEurope  #TravelogueGadislensa #VacationEurope15 .

Jumpa lagi pada entri Trip To Europe : Day 1
(soon very very very soon!)





Sekian 
Farzana Syasya
Instagram : @gadislensa
Facebook : Syasya Abdul Malek
Twitter : @farzanasyasya2






Trip to Turkey



Alhamdulillah selesai juga semester pertama. Banyak sangat benda nak di share ni tapi asyik tak menyempat je.. sekarang dah ada masa boleh lah nak update sampai malam buta pun x pe hihi :)




Asslaamualaikum readers ;)
bulan februari yang lepas syasya berkesempatan pergi Turkey . Alhamdulillah :D
nak share experince sikit. hihi ala-ala travel view gitu hihi.

Bila tengok Rating , antara the most popular search is tips-tips nak pergi bercuti. It would be great kalau dapat share tips ke Turki. Actually , we went to Turkey guna Travel Agent. Hope our travel experience di Tukey ni boleh tolong anda bila nak pergi bercuti. Harus Diingatkan yang jarak antara satu tempat ke tempat lain adalah sangat jauh dan memenatkan. Banyak masa habis dalam bas je. Jadi lebih elok bila sampai disana kita cari Tours yang menyediakan pakej mengikuti pilihan ktia, atau ambil pakej yang disediakan di hotel.




aunties

\

Family member.




Welcome To Turkey!

Flight:  Memandangkan Turki merupakan tempat yang termasuk dalam senarai negara yang suka dilawati, banyak flight yang pergi ke sana. Bolehlah search di Internet flight yang menawarkan tambang terendah. Apa pun sila booking awal-awal tiket penerbangan. Travel abroad with MAS, Qatar Airways, Emirates, Etihad, dan sekarang Turkish Airline sebab direct flight to Turkey without transit kat mana-mana. Okay. I found a useful website yang provide the listing airline company for various country. Sila tengok sini! Jadi, anda boleh buat price comparison untuk cari yang paling murah tapi selesa. Kadang-kadang ada orang suka transit few countries and tukar few flight sebab boleh visit banyak country within your holiday timeline.


Season: Beza waktu Turki dan Malaysia adalah 5 jam di mana waktu Malaysia adalah cepat 5 jam dari waktu Turki. Disebabkan Turki ada 4 season, kadang-kadang prayer time sangat berbeza contohnya bila masuk autumn and spring season. Nak tunggu masuk waktu solat untuk solat seterusnya sampai boleh tertidur. Tidur bangun balik pon belum tentu dah masuk waktu. Hehe. Exaggerated lagi. The best season to visit Turkey mestilah autumn dan spring season. November tu dah kira transitory month to winter jadi kadang-kadang cuaca sejuk melampau. Memang sejuk even pergi awal November. During our visit, is early of February.Tour guide ada mention yang malam tu adalah transitory from autumn to winter. Masuk June dah kena ready for summer time which means kadang-kadang suhu macam tak berapa best untuk berjalan, kadang-kadang lagi panas dari Malaysia. Apapun, sila pilih date according to your preference okay! :)


Bendera Turkey.

Spring Season: March - May
Summer Season: June - August
Autumn Season: September - November
Winter Season: December - February


 Penginapan: Terpulang pada anda sama ada nak duduk di hostel, Apartment atau Hotel. Jika nak jimat bolehlah duduk di hostel tapi yang tak bagusnya tak ada privacy. Bagi kami, we prefer to stay in one room or house yang boleh accomodate semua, maka senanglah mama dan papa nak jadi alarm kepada anak-anak mereka ni. Haha. Jika bercadang nak tinggal di Hotel bolehlah search di internet, hotel-hotel yang berdekatan dengan Grand Bazaar ke, Hagia Sophia dll. Tapi pastikan juga anda membaca comment dan review dari mereka yang telah menginap di hotel berkenaan. On that time package kami stay di  Sesaon Hotel. 4 star katanya.

 Food: Kalau dah sampai Turki, no need to worry for food sebab inshaAllah makanan kat Turki ni halal. Tapi, kadang-kadang ada je restoran yang serve alcohol. Kalau rasa was-was, beli je kebab. Di Turki ni, memang famous dengan kebab. Jalan mana-mana mesti jumpa kedai kebab. Dah sampai Turki, mesti kena beli ice-cream tau. Memang rugi kalau tak beli sebab orang yang jual akan main-main dengan anda, lebih kurang macam tease you guna ice cream. Impressed okay! Lagi satu, dah sampai Turki kena rasa Turkey Pide. Macam pizza tapi much simpler dari pizza and memang kenyang dan sedap! Okay. Since Turki memang famous dengan apple tea, do try them! Kadang-kadang boleh dapat free bila masuk kedai mereka sebab one of their main attraction is tea serving for customer. Terbaik! Besides, jangan lupa basa sos Cili bagi yang suka pedas sebab apa dekat Turki sangat terkenal dengan kemanisan. sebab tu ramai orang dekat sana manis2 kuikui.. Ada roti keras juga. first time kita orang makan memang tak suka , lama2 jatuh cinta <3  "simit"



SImit = Roti Keras 


Family Member



brother.


Dessert: Di Turki ni, dessert famous mereka is baklava. Rasanya pernah mention pasal baklava. Even though baklava ni boleh jadi too sweet for your liking, it was rich with nuts - I mean, pistachio. Kat Malaysia ni nak beli pistachio je dah mahal, apa lagi nak beli baklava. Let me remind you again yang baklava ni super sweet. Lagi satu - Turkish Delight. Tak tahu nak describe macam mana tapi ala-ala macam jelly and sometimes, macam nougat pon ada. And sangat kaya dengan pistachio. Memang mereka sangat generous dengan kacang. Kalau anda allergic to nuts, jangan beli dessert mereka sebab mostly ada kacang. 


Shopping: Biasanya nak shopping macam-macam, better shopping kat Istanbul sebab the other part of Turki tak banyak bazaar macam kat Istanbul. Lagipun, kalau pergi Turki tak pergi Istanbul rasa macam rugi je. Turki ni sangat besar and banyak region. Since Istanbul the only region within Europe side, memang boleh nampak perbezaan culture, food, attire dan macam-macam lagi. Istanbul more to western tapi Ankara, Cappadocia, Pamukkale, Bursa dan lain-lain are more to Eastern culture. Kalau kita travel sebelah Eastern region, makanan mereka lebih sesuai dengan selera orang Malaysia. Back to shopping again. Since the best place for shopping banyak di Istanbul, I will recommend bazaar-bazaar di Istanbul je. The best time to shop adalah awal pagi. Nak tahu kenapa? Mereka sangat seronok cari first customer sampai nak request best price dari mereka pun kadang-kadang boleh dapat dengan senang. Satu lagi tips shopping, kalau anda keep on bargain tapi at one stage orang kedai tu dah malas layan means they are not making any profit and you're not going to get more discount - I guess la. So, kalau nak beli, get a good price and buy. Kalau tak nak, stop bargain and find another shop. Adat orang berniaga kan? Ada untung ada rugi, kalau kita je nak untung, orang kedai tu pon malas nak layan dah. Jadi, bila bargain tu agak-agak la logik atau tak.
  • Spice Bazaar(Egyptian Bazaar) -  kat sini, macam-macam spice boleh jumpa. Nak bawa balik Malaysia pon boleh sebab mereka akan vacuum packaging supaya tak rosak dan masuk angin. Other than spice, nak cari tea and coffee various flavour pon banyak kat sini and way cheaper dari Grand Bazaar. Cheese and nuts pon memang murah di sini. Eg: Hazelnut, Oregano, Dried Chilli Powder, Pistachio, Turkey Coffee, Apple Tea, Flower Tea. 
  • Grand Bazaar - Kalau tak nak shopping pon tak apa tapi mesti pergi. Kira tak lengkap la trip kalau tak pergi Grand Bazaar ni. Grand Bazaar ni luas sangat dan ada more than 4000 small shop yang jual macam-macam. Nak beli keychain, fridge magnet, shawl and pashmina, shirts, leather bag and jacket, macam-macam la. Senang cakap, nak beli souvenir pergilah sini.
  • Bazaar di lorong bawah ke Galata Bridge - Disini juga banyak menjual barang-barang seperti kasut, t-shirt, handbag dan sebagainya.
  • Along the way to Masjid Biru juga terdapat banyak shop lot yang menjual barang-barang cenderamata, yang penting kena pandai menawar.



Entering of the Grand Bazaar

Grand Bazar adalah pasar terbesar dan tertua didunia. Pasar ini berada di Ibu kota Turki, IStanbul. Grand Bazaar memiliki lebih dari 3000 kedai di dalamnya. Ketika memasuki Grand Bazaar di Istanbul, anda akan disambut tumpukan rempah-rempah , aroma tumbuhan menyerbak dan berbagai bumbu dapur.



entering of the Grand bazaar



spices






Selain itu , dijuaL pula beragam lampu,pasu,karpet dan permaidani khas Turki. Setiap tahunnya , Grand Bazaar dikunjungi hingga 15 juta pelancong.


spices shop


umi and ayah








kacang2






Currency: Turki menggunakan Turkey Lira, USD dan Euro. Lagi jimat kalau anda menukar duit lira di Istanbul dari di Malaysia tapi jangan tukar di Airport kerana pertukaran mata wang yang rendah. Kadang-kadang mereka menerima duit Euro tapi anda akan rugi jika membayar menggunakan mata wang Euro. Bila dah sampai Turki, tukarlah duit anda ke Lira, lagi senang nak berurusan tau. Jika ada master card atau visa lagi okay jika digunakan untuk nilai pembelian yang besar kerana pertukaran duit yang rendah.

Travel: Di Istanbul, Tram adalah pengangkutan yang termudah dan pantas serta jimat kos. Disediakan juga bas dan jika hendak lagi cepat ada juga teksi tapi kami tak pernah menggunakan bas dan teksi jadi tak bolehlah nak buat ulasan. Untuk ke district lain di Turki, anda boleh menggunakan perkhidmatan long distance bus or drive sendiri di sana. Since jarak sangat jauh, anda bolehlah pack makanan ringan untuk dimakan di dalam bus. Kat Turki bukan ada R&R lawa macam Malaysia, kadang-kadang bus driver tu stop kat mana-mana petrol pump untuk refill tank dan toilet break. Tapi, memang rumah Rehat & Rawat Malaysia juga yang best di hati. Yay!


Sedikit view untuk Tram Di Istanbul 


suasana di malam hari.

Must-bring-item:
  • Camera memang kena bawa. Biasalah kan kalau nak melancong kenalah bawa camera kan? Tapi, kalau pergi Turki tak bawa camera memang rugi sebab scenery di Turki memang cantik. 
  • Instant food ready je la in case anda dah tak larat nak makan makanan mereka. Kalau sampai seminggu makan makanan Turki, confirm tak larat dan jemu. Macam kami, awal-awal memanglah happy kemain, tapi bila tengok hari-hari benda sama dan cheese je memanjang, dah jemu nak makan.
  • Okay. Kat Turki, electrical plug tak sama macam Malaysia. Nak senang beli je international travel adaptor so nanti nak pergi travel mana-mana pon boleh dan tak payah fikir dah. Nak cari travel adaptor ni senang je. Pergi kedai travel yang jual luggage memang ada tapi mahal. Nak murah boleh pergi Ace Hardware or Harvey Norman. Banyak je tempat ada jual, just mahal or murah saja. 
  • Medicine: Jangan lupa ready segala jenis ubat okay. Kat sini, kalau anda travel jauh-jauh dan since tempat pelancongan pon banyak naik turun bukit, at the end of the day, kaki anda mesti lenguh-lenguh dan sebab cuaca yang terlalu berangin, kulit anda mungkin akan kering dan mengelupas. So, bawa la apa-apa ubat yang bersesuaian. Vaseline or any lotion pon boleh. 
  • Hygiene: For Muslims, better bawa je pergi mana-mana mineral bottle. Lagi-lagi kalau nak jalan jauh-jauh, for instance, from Istanbul to Konya sebab bila kat R&R, toilet mereka tak macam toilet kat Malaysia. Mesti kena ready botol ye kalau travel jauh-jauh.
  • Masjid: Orang cakap Turki ni banyak masjid tapi kadang-kadang tempat solat untuk perempuan pon tak ada. Pelik kan? Maybe masjid-masjid kat bandar besar ada sediakan tempat solat wanita, tapi kalau bahagian pedalaman Turki, maybe kaum wanita mereka solat di rumah kot sebab itu tak ada tempat solat wanita. Kalau dah tempat solat pon tak ada, apa lagi tempat wudhu' kan? So, ended up ambil wudhu' kat tempat lelaki atau toilet.

Must-go-places:
  • Istanbul: Hagia Sophia, Blue Mosque, Grand Bazaar (kena pergi sebab tempat shopping), Spice Bazaar (best kalau nak borong herbs, spice or tea at affordable price), Galata Tower, Turkey Miniaturk (mesti kena pergi sebab macam-macam binaan di Turki yang anda boleh tengok di sini), Pierre Loti (the best place with a good scenery, tak mahal pon tapi memang berbaloi pergi sebab anda boleh view pemandangan yang memang cantik from a hill), Topkapi Palace (ini wajib pergi, compulsory sebab banyak sangat tinggalan sejarah di sini, even pedang dan jubah-jubah sahabat Nabi pon ada kat sini - serious best!), Cruise Tour (kalau autumn or spring season paling best sebab sejuk dan part ni lah anda boleh cuci mata - cantik sangat!), Berleybeyi Palace, Sultanahmet Meydani. Kalau anda just plan bercuti di Istanbul, pergilah ke Turk Miniaturk sebab macam-macam struktur model tempat-tempat bersejarah di seluruh Turki ada kat sini. Memang berbaloi and at least ada la gambaran tempat-tempat bersejarah di Turki tanpa perlu pergi jauh-jauh.




what you bring inside Hagia Sofea



Hagia Sofea 

Sedikit review pictures of us yaa :)




sebagai bukti kaki dah pernah jejak ke sini hihi.


little brother.




On our way to Topkapi Place . 




sementara nak masuk Topkapi Palace ternampak buah delima. sedap tau ;)


with pengawal Topkapi Place


Our Tour Guide.


Parent.


saya gembira anda pun kena ikut gembira sekali :D

Banyak je tempat-tempat nak melawat bila sampai Turki ni. Yang penting, buat itinerary awal-awal kalau pergi tanpa travel agent. Medium of communication, kalau di Istanbul and Ankara, bolehlah speaking dengan mereka tapi kalau area lain di Turki, English bukanlah medium yang terbaik untuk anda berkomunikasi tau sebab bukan semua yang pandai speaking. Tapi, part best bila pergi Turki, orang-orangnya sangatlah baik lagi-lagi makcik-makcik yang agak berumur ni. Jangan terkejut pula kalau mereka dok pegang-pegang muka atau badan anda sambil cakap macam-macam dalam bahasa Turki sambil senyum-senyum. Haha. Awkward pada mulanya tapi bila dah lama, maybe memang macam tu kot cara mereka bermesra dan bergaul di sana. Paling best, bila berjalan kat Turki, orang boleh bagi salam tanpa mengira perbezaan bangsa dan bahasa di mana anda susah nak dapat situasi ini di Europe, eh, Malaysia juga. Islam itu mudah dan ukhwah itu boleh terbina semudah ucapan "Assalamualaikum". :) 


sekian sahaja nukilan saya untuk kali ini , harap-harap dengan sedikit info yang dishare dapat membantu anda semua membuat keputusan ;)

Sabda Rasulullah, "Orang mukmin itu adalah cermin bagi mukmin yang lain."
Hadis Hasan



sincerely - Farzana syasya - 

=======================================================
Dapatkan Shawl Exclusive Printed Terkini di 
( FB PAGE )

Teringin nak pakai shawl yang [ mudah dibentuk ] , [ tak perlu gosok ] [terus sarung je ]                          [ boleh buat solat ] klik bawah ni untuk info lanjut ..

>>>>>>> I-Lensa.Scarves

Tak tahu nak hantar anak anda ke tadika mana? Tadika Intan Betsari , tadika islamik di Klang.

=========================================================


Sekian 
Gadislensa
Instagram : @gadislensa
Facebook : Syasya Abdul Malek
Twitter : @gadislensa
Youtube : gadislensa