drivinglicense,
Forth step , is your turn! Hahahaha. So number anda akan dipanggil , beratur lah kalau dia suruh beratur. Tunggu turn untuk dapat kereta. Bila dah dapat kereta gantung nametag you guys dekat tingkap. Pakai tali pinggang siap-siap dan betulkan kedudukan kerusi ikut keselesaan. Ingat ni step paling penting kot kalau tak nak gagal! Time buat bukit ni ikut tempat masing-masing lah ikut macam mana instructor korang ajar lah cemmana nak berhenti , bila nak keluarkan tangan en. Lain tempat lain cara. Lepas buat bukit , park kereta. Weyh park kereta ni serious talk buat betul-betul. Buat dengan teliti dan ikut step! Kalau tak nak kecewa. Buat macam mana instructor suruh.
Masa ni hari jumaat. Sebabkan candidate terlalu ramai dan sudah
sampai masanya untuk solat jumaat. Jadinya ada rest 2 jam lepaskan untuk
candidate dan pegawai JPJ lelaki muslim untuk solat jumaat. Yang perempuan
solat lah zohor. Eh memacam pulak kamu.
Em entri pergi europe tu masih lagi on writing. Haha (pebat kot tapis gambar rasa macam nak update semua!!)
TEST JPJ
Assalamualaikum
Cerita kita hari ini fefeeling pasal test JPJ.
Ingatkan masa ambil SPM je ade feeling (takut + nervous
gila). Takut ni bukan takut kena marah. Takut buat salah. Ups tu dah negative
dah tu. Cubalah percaya sikit pada diri tu
Rupanya ambil Ujian JPJ ni pun sama.
Rasanya semuanya disebabkan perkataan “ujian” hoho harus
kita hapus perkataan UJIAN ni. So hari yang bertuah untuk berjumpa dengan JPJ
ni adalah pada hari Jumaat. Sesampai sahaja di tempat belajar memandu pandang
kiri , kanan , depan , belakang semua arahlah
nampak pegawai JPJ.
Biasanya , pergi kelas memandu dengan besties. Ditakdirkan
pada test JPJ jumaat lalu pergi sendiri dengan instructor. Jadinya , memang
alone lah. Tapi bagus juga tak de kawan bercakap and yes u need to calm by
urself. Bila nervous bercakap
bukanlah option yang terbaik. Elakkan
okay , elakkan bercakap masa nervous.
So , bila dah ramai sangat tanya test JPJ ni macam mana?
Mula-mula kena buat apa?
First sekali
lepas instructor ambil borang dalam office. You guys akan dapat name tag number
giliran dengan borang. Ha perlu diingatkan nametag
tu wajib pakai kat mana-mana pun. Kalau you guys x nak kena marah. Hahaha
(gelak jahat : jangan cakap I x payung tips).
Bila dah dapat borang + name tag tu korang kena pergi terus
dekat kaunter. Depends tempat lah , macam tempat syasya ambil dekat kapar. So
kena register dekat kaunter oren. (rupa kaunter tu macam bilik). Bila dah
register pegawai JPJ yang bertugas akan suruh pergi dekat tempat Pegawai JPJ
yang tengah buat RPK dan RSM. Masa tu you guys kena kawal segala gemuruh dan
gabra. Doa banyak-banyak agar semua urusan dipermudahkan. Jangan layan sangat
gemuruh tu sebab takut apa yang you guys hafal RPK & RSM tu lupa begitu je.
Haaa kan dah rugi mark kat situ. Huhuhu
Masa ni tengah tunggu turn.Gambar pun random!
Third step is ,
tunggu arahan pegawai JPJ tu. Pegawai jpj yang bertugas dekat kaunter oren tu
suruh you guys pergi buat (bukit). Eh bukan suruh you guys buat bukit kumpul
tanah banyak-banyak supaya tinggi then jadi bukit. BUKAN eh! Buat bukit means
MASA UNTUK UJIAN LITAR . Duduk dulu tunggu turn dipanggil , masa ni duduk ar
dulu kat tempat ruang menunggu sambil menonton drama live depan mata. Masa ni
lah you guys akan tengok Pegawai JPJ akan kata “gagal” tapi dengan menyabut
nametag anda yang digantung di tingkap kereta. Masa tu jugalah you guys akan
rasa makin gemuruh. Haha pengalaman perempuan gini lah , kalau lelaki tak tahu
lah macam mana rasanya.
Forth step , is your turn! Hahahaha. So number anda akan dipanggil , beratur lah kalau dia suruh beratur. Tunggu turn untuk dapat kereta. Bila dah dapat kereta gantung nametag you guys dekat tingkap. Pakai tali pinggang siap-siap dan betulkan kedudukan kerusi ikut keselesaan. Ingat ni step paling penting kot kalau tak nak gagal! Time buat bukit ni ikut tempat masing-masing lah ikut macam mana instructor korang ajar lah cemmana nak berhenti , bila nak keluarkan tangan en. Lain tempat lain cara. Lepas buat bukit , park kereta. Weyh park kereta ni serious talk buat betul-betul. Buat dengan teliti dan ikut step! Kalau tak nak kecewa. Buat macam mana instructor suruh.
Fifth , kalau pegawai JPJ ang tengok you guys park tu kasi
lulus keluar , elok-elok. Jangan gelojoh! Tahulah dah pass parking :3 . Then
buat 3 penjuru. Time 3 penjuru ni pun haha syasya pun agak gemuruh gak sebab
JPJ nya duduk dekat betul-betul tempat tanda kita kena stop. Ha mana tak nya ,
dia pandang kita macam nak makan orang haha. Psst : Semua Pegawai JPJ pakai
kaca mata hitam. Bila dah pass tu dah boleh stop kejap kat tepi ambil borang
kat pegawai then terus pergi buat litar baagian “s” dah siap buat litar
bahagian “z”.
Sixth step . Eh
dah sixth? Panjang juga syasya bebel ni. Langkah seterusnya ialah ambil borang
dekat pegawai JPJ yang bertugas dan buat
apa yang disuruh seperti tulis nama , tandatangan dan letak nombor ic. Jangan
lupa cakap TERIMA KASIH. Berbudi Bahasa sikit walau dimana anda
berada! Ingat tu!
Seventh step .
Pergi jumpa pegawai bertugas yang tunggu dekat bahagian ujian jalan luar dan
serahkan borang anda. Tunggu lah lagi sekali untuk turn haha. Tunggu dengan
penuh sabar jangan merungut. Banyakkan istighfar dan berdoa agar segalanya
dipermudahkan.
Dah panjang sangat dah ni ceritanya haha. Overall act depend tempat masing-masing. Tapi dah buat survey kat beberapa negeri test diaorg majority step sama cuma bezanya kedudukan lah hahaha.
Oh ye I wish you all the best and drive safely to get P license. Okiess. Kalau boleh buat test tu betul-betul tak payah repeat lagi tak delah kena bayar lagi. Berjimat sikit :p
Roger me bila you guys dah dapat P okay! taratataa
Nota kaki :
-
Tolong bersihkan telinga korang sebelum pergi
TEST JPJ kot kot lah korang ni jenis yang pendengaran kurang jelas. So dapatlah
membantu penyerapan bunyi dengan jelas. Takde lah kena marah kalau pegawai
panggil then korang tak dengar kan! Hehehehe .
-
Elakkanlah daripada pasang earphone kalau TEST
JPJ belum selesai. Nanti menyusahkan ramai orang.
bye bye terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca ;)
sincere
Farzana Syasya
0 comments: