istanbul,

Trip to Turkey

2:11:00 AM Gadislensa 2 Comments



Alhamdulillah selesai juga semester pertama. Banyak sangat benda nak di share ni tapi asyik tak menyempat je.. sekarang dah ada masa boleh lah nak update sampai malam buta pun x pe hihi :)




Asslaamualaikum readers ;)
bulan februari yang lepas syasya berkesempatan pergi Turkey . Alhamdulillah :D
nak share experince sikit. hihi ala-ala travel view gitu hihi.

Bila tengok Rating , antara the most popular search is tips-tips nak pergi bercuti. It would be great kalau dapat share tips ke Turki. Actually , we went to Turkey guna Travel Agent. Hope our travel experience di Tukey ni boleh tolong anda bila nak pergi bercuti. Harus Diingatkan yang jarak antara satu tempat ke tempat lain adalah sangat jauh dan memenatkan. Banyak masa habis dalam bas je. Jadi lebih elok bila sampai disana kita cari Tours yang menyediakan pakej mengikuti pilihan ktia, atau ambil pakej yang disediakan di hotel.




aunties

\

Family member.




Welcome To Turkey!

Flight:  Memandangkan Turki merupakan tempat yang termasuk dalam senarai negara yang suka dilawati, banyak flight yang pergi ke sana. Bolehlah search di Internet flight yang menawarkan tambang terendah. Apa pun sila booking awal-awal tiket penerbangan. Travel abroad with MAS, Qatar AirwaysEmiratesEtihad, dan sekarang Turkish Airline sebab direct flight to Turkey without transit kat mana-mana. Okay. I found a useful website yang provide the listing airline company for various country. Sila tengok sini! Jadi, anda boleh buat price comparison untuk cari yang paling murah tapi selesa. Kadang-kadang ada orang suka transit few countries and tukar few flight sebab boleh visit banyak country within your holiday timeline.


Season: Beza waktu Turki dan Malaysia adalah 5 jam di mana waktu Malaysia adalah cepat 5 jam dari waktu Turki. Disebabkan Turki ada 4 season, kadang-kadang prayer time sangat berbeza contohnya bila masuk autumn and spring season. Nak tunggu masuk waktu solat untuk solat seterusnya sampai boleh tertidur. Tidur bangun balik pon belum tentu dah masuk waktu. Hehe. Exaggerated lagi. The best season to visit Turkey mestilah autumn dan spring season. November tu dah kira transitory month to winter jadi kadang-kadang cuaca sejuk melampau. Memang sejuk even pergi awal November. During our visit, is early of February.Tour guide ada mention yang malam tu adalah transitory from autumn to winter. Masuk June dah kena ready for summer time which means kadang-kadang suhu macam tak berapa best untuk berjalan, kadang-kadang lagi panas dari Malaysia. Apapun, sila pilih date according to your preference okay! :)


Bendera Turkey.

Spring Season: March - May
Summer Season: June - August
Autumn Season: September - November
Winter Season: December - February


 Penginapan: Terpulang pada anda sama ada nak duduk di hostel, Apartment atau Hotel. Jika nak jimat bolehlah duduk di hostel tapi yang tak bagusnya tak ada privacy. Bagi kami, we prefer to stay in one room or house yang boleh accomodate semua, maka senanglah mama dan papa nak jadi alarm kepada anak-anak mereka ni. Haha. Jika bercadang nak tinggal di Hotel bolehlah search di internet, hotel-hotel yang berdekatan dengan Grand Bazaar ke, Hagia Sophia dll. Tapi pastikan juga anda membaca comment dan review dari mereka yang telah menginap di hotel berkenaan. On that time package kami stay di  Sesaon Hotel. 4 star katanya.

 Food: Kalau dah sampai Turki, no need to worry for food sebab inshaAllah makanan kat Turki ni halal. Tapi, kadang-kadang ada je restoran yang serve alcohol. Kalau rasa was-was, beli je kebab. Di Turki ni, memang famous dengan kebab. Jalan mana-mana mesti jumpa kedai kebab. Dah sampai Turki, mesti kena beli ice-cream tau. Memang rugi kalau tak beli sebab orang yang jual akan main-main dengan anda, lebih kurang macam tease you guna ice cream. Impressed okay! Lagi satu, dah sampai Turki kena rasa Turkey Pide. Macam pizza tapi much simpler dari pizza and memang kenyang dan sedap! Okay. Since Turki memang famous dengan apple tea, do try them! Kadang-kadang boleh dapat free bila masuk kedai mereka sebab one of their main attraction is tea serving for customer. Terbaik! Besides, jangan lupa basa sos Cili bagi yang suka pedas sebab apa dekat Turki sangat terkenal dengan kemanisan. sebab tu ramai orang dekat sana manis2 kuikui.. Ada roti keras juga. first time kita orang makan memang tak suka , lama2 jatuh cinta <3  "simit"



SImit = Roti Keras 


Family Member



brother.


Dessert: Di Turki ni, dessert famous mereka is baklava. Rasanya pernah mention pasal baklava. Even though baklava ni boleh jadi too sweet for your liking, it was rich with nuts - I mean, pistachio. Kat Malaysia ni nak beli pistachio je dah mahal, apa lagi nak beli baklava. Let me remind you again yang baklava ni super sweet. Lagi satu - Turkish Delight. Tak tahu nak describe macam mana tapi ala-ala macam jelly and sometimes, macam nougat pon ada. And sangat kaya dengan pistachio. Memang mereka sangat generous dengan kacang. Kalau anda allergic to nuts, jangan beli dessert mereka sebab mostly ada kacang. 


Shopping: Biasanya nak shopping macam-macam, better shopping kat Istanbul sebab the other part of Turki tak banyak bazaar macam kat Istanbul. Lagipun, kalau pergi Turki tak pergi Istanbul rasa macam rugi je. Turki ni sangat besar and banyak region. Since Istanbul the only region within Europe side, memang boleh nampak perbezaan culture, food, attire dan macam-macam lagi. Istanbul more to western tapi Ankara, Cappadocia, Pamukkale, Bursa dan lain-lain are more to Eastern culture. Kalau kita travel sebelah Eastern region, makanan mereka lebih sesuai dengan selera orang Malaysia. Back to shopping again. Since the best place for shopping banyak di Istanbul, I will recommend bazaar-bazaar di Istanbul je. The best time to shop adalah awal pagi. Nak tahu kenapa? Mereka sangat seronok cari first customer sampai nak request best price dari mereka pun kadang-kadang boleh dapat dengan senang. Satu lagi tips shopping, kalau anda keep on bargain tapi at one stage orang kedai tu dah malas layan means they are not making any profit and you're not going to get more discount - I guess la. So, kalau nak beli, get a good price and buy. Kalau tak nak, stop bargain and find another shop. Adat orang berniaga kan? Ada untung ada rugi, kalau kita je nak untung, orang kedai tu pon malas nak layan dah. Jadi, bila bargain tu agak-agak la logik atau tak.
  • Spice Bazaar(Egyptian Bazaar) -  kat sini, macam-macam spice boleh jumpa. Nak bawa balik Malaysia pon boleh sebab mereka akan vacuum packaging supaya tak rosak dan masuk angin. Other than spice, nak cari tea and coffee various flavour pon banyak kat sini and way cheaper dari Grand Bazaar. Cheese and nuts pon memang murah di sini. Eg: Hazelnut, Oregano, Dried Chilli Powder, Pistachio, Turkey Coffee, Apple Tea, Flower Tea. 
  • Grand Bazaar - Kalau tak nak shopping pon tak apa tapi mesti pergi. Kira tak lengkap la trip kalau tak pergi Grand Bazaar ni. Grand Bazaar ni luas sangat dan ada more than 4000 small shop yang jual macam-macam. Nak beli keychain, fridge magnet, shawl and pashmina, shirts, leather bag and jacket, macam-macam la. Senang cakap, nak beli souvenir pergilah sini.
  • Bazaar di lorong bawah ke Galata Bridge - Disini juga banyak menjual barang-barang seperti kasut, t-shirt, handbag dan sebagainya.
  • Along the way to Masjid Biru juga terdapat banyak shop lot yang menjual barang-barang cenderamata, yang penting kena pandai menawar.



Entering of the Grand Bazaar

Grand Bazar adalah pasar terbesar dan tertua didunia. Pasar ini berada di Ibu kota Turki, IStanbul. Grand Bazaar memiliki lebih dari 3000 kedai di dalamnya. Ketika memasuki Grand Bazaar di Istanbul, anda akan disambut tumpukan rempah-rempah , aroma tumbuhan menyerbak dan berbagai bumbu dapur.



entering of the Grand bazaar



spices






Selain itu , dijuaL pula beragam lampu,pasu,karpet dan permaidani khas Turki. Setiap tahunnya , Grand Bazaar dikunjungi hingga 15 juta pelancong.


spices shop


umi and ayah








kacang2






Currency: Turki menggunakan Turkey Lira, USD dan Euro. Lagi jimat kalau anda menukar duit lira di Istanbul dari di Malaysia tapi jangan tukar di Airport kerana pertukaran mata wang yang rendah. Kadang-kadang mereka menerima duit Euro tapi anda akan rugi jika membayar menggunakan mata wang Euro. Bila dah sampai Turki, tukarlah duit anda ke Lira, lagi senang nak berurusan tau. Jika ada master card atau visa lagi okay jika digunakan untuk nilai pembelian yang besar kerana pertukaran duit yang rendah.

Travel: Di Istanbul, Tram adalah pengangkutan yang termudah dan pantas serta jimat kos. Disediakan juga bas dan jika hendak lagi cepat ada juga teksi tapi kami tak pernah menggunakan bas dan teksi jadi tak bolehlah nak buat ulasan. Untuk ke district lain di Turki, anda boleh menggunakan perkhidmatan long distance bus or drive sendiri di sana. Since jarak sangat jauh, anda bolehlah pack makanan ringan untuk dimakan di dalam bus. Kat Turki bukan ada R&R lawa macam Malaysia, kadang-kadang bus driver tu stop kat mana-mana petrol pump untuk refill tank dan toilet break. Tapi, memang rumah Rehat & Rawat Malaysia juga yang best di hati. Yay!


Sedikit view untuk Tram Di Istanbul 


suasana di malam hari.

Must-bring-item:
  • Camera memang kena bawa. Biasalah kan kalau nak melancong kenalah bawa camera kan? Tapi, kalau pergi Turki tak bawa camera memang rugi sebab scenery di Turki memang cantik. 
  • Instant food ready je la in case anda dah tak larat nak makan makanan mereka. Kalau sampai seminggu makan makanan Turki, confirm tak larat dan jemu. Macam kami, awal-awal memanglah happy kemain, tapi bila tengok hari-hari benda sama dan cheese je memanjang, dah jemu nak makan.
  • Okay. Kat Turki, electrical plug tak sama macam Malaysia. Nak senang beli je international travel adaptor so nanti nak pergi travel mana-mana pon boleh dan tak payah fikir dah. Nak cari travel adaptor ni senang je. Pergi kedai travel yang jual luggage memang ada tapi mahal. Nak murah boleh pergi Ace Hardware or Harvey Norman. Banyak je tempat ada jual, just mahal or murah saja. 
  • Medicine: Jangan lupa ready segala jenis ubat okay. Kat sini, kalau anda travel jauh-jauh dan since tempat pelancongan pon banyak naik turun bukit, at the end of the day, kaki anda mesti lenguh-lenguh dan sebab cuaca yang terlalu berangin, kulit anda mungkin akan kering dan mengelupas. So, bawa la apa-apa ubat yang bersesuaian. Vaseline or any lotion pon boleh. 
  • Hygiene: For Muslims, better bawa je pergi mana-mana mineral bottle. Lagi-lagi kalau nak jalan jauh-jauh, for instance, from Istanbul to Konya sebab bila kat R&R, toilet mereka tak macam toilet kat Malaysia. Mesti kena ready botol ye kalau travel jauh-jauh.
  • Masjid: Orang cakap Turki ni banyak masjid tapi kadang-kadang tempat solat untuk perempuan pon tak ada. Pelik kan? Maybe masjid-masjid kat bandar besar ada sediakan tempat solat wanita, tapi kalau bahagian pedalaman Turki, maybe kaum wanita mereka solat di rumah kot sebab itu tak ada tempat solat wanita. Kalau dah tempat solat pon tak ada, apa lagi tempat wudhu' kan? So, ended up ambil wudhu' kat tempat lelaki atau toilet.

Must-go-places:
  • Istanbul: Hagia Sophia, Blue Mosque, Grand Bazaar (kena pergi sebab tempat shopping), Spice Bazaar (best kalau nak borong herbs, spice or tea at affordable price), Galata Tower, Turkey Miniaturk (mesti kena pergi sebab macam-macam binaan di Turki yang anda boleh tengok di sini), Pierre Loti (the best place with a good scenery, tak mahal pon tapi memang berbaloi pergi sebab anda boleh view pemandangan yang memang cantik from a hill), Topkapi Palace (ini wajib pergi, compulsory sebab banyak sangat tinggalan sejarah di sini, even pedang dan jubah-jubah sahabat Nabi pon ada kat sini - serious best!), Cruise Tour (kalau autumn or spring season paling best sebab sejuk dan part ni lah anda boleh cuci mata - cantik sangat!), Berleybeyi Palace, Sultanahmet Meydani. Kalau anda just plan bercuti di Istanbul, pergilah ke Turk Miniaturk sebab macam-macam struktur model tempat-tempat bersejarah di seluruh Turki ada kat sini. Memang berbaloi and at least ada la gambaran tempat-tempat bersejarah di Turki tanpa perlu pergi jauh-jauh.




what you bring inside Hagia Sofea



Hagia Sofea 

Sedikit review pictures of us yaa :)




sebagai bukti kaki dah pernah jejak ke sini hihi.


little brother.




On our way to Topkapi Place . 




sementara nak masuk Topkapi Palace ternampak buah delima. sedap tau ;)


with pengawal Topkapi Place


Our Tour Guide.


Parent.


saya gembira anda pun kena ikut gembira sekali :D

Banyak je tempat-tempat nak melawat bila sampai Turki ni. Yang penting, buat itinerary awal-awal kalau pergi tanpa travel agent. Medium of communication, kalau di Istanbul and Ankara, bolehlah speaking dengan mereka tapi kalau area lain di Turki, English bukanlah medium yang terbaik untuk anda berkomunikasi tau sebab bukan semua yang pandai speaking. Tapi, part best bila pergi Turki, orang-orangnya sangatlah baik lagi-lagi makcik-makcik yang agak berumur ni. Jangan terkejut pula kalau mereka dok pegang-pegang muka atau badan anda sambil cakap macam-macam dalam bahasa Turki sambil senyum-senyum. Haha. Awkward pada mulanya tapi bila dah lama, maybe memang macam tu kot cara mereka bermesra dan bergaul di sana. Paling best, bila berjalan kat Turki, orang boleh bagi salam tanpa mengira perbezaan bangsa dan bahasa di mana anda susah nak dapat situasi ini di Europe, eh, Malaysia juga. Islam itu mudah dan ukhwah itu boleh terbina semudah ucapan "Assalamualaikum". :) 


sekian sahaja nukilan saya untuk kali ini , harap-harap dengan sedikit info yang dishare dapat membantu anda semua membuat keputusan ;)

Sabda Rasulullah, "Orang mukmin itu adalah cermin bagi mukmin yang lain."
Hadis Hasan



sincerely - Farzana syasya - 

=======================================================
Dapatkan Shawl Exclusive Printed Terkini di 
( FB PAGE )

Teringin nak pakai shawl yang [ mudah dibentuk ] , [ tak perlu gosok ] [terus sarung je ]                          [ boleh buat solat ] klik bawah ni untuk info lanjut ..

>>>>>>> I-Lensa.Scarves

Tak tahu nak hantar anak anda ke tadika mana? Tadika Intan Betsari , tadika islamik di Klang.

=========================================================


Sekian 
Gadislensa
Instagram : @gadislensa
Facebook : Syasya Abdul Malek
Twitter : @gadislensa
Youtube : gadislensa





You Might Also Like

2 comments:

  1. ASSALAMU ALLAIKUM. HORAS JOM KE MEDAN.SALAM KENAL TUAN AND PUAN .
    DISNI KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MURAH KE DANAU TOBA, MEDAN, SAMOSIR ISLAND, DAN TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.
    Saya bersedia nak bantu Tuan and Puan untuk ikut melancong bersama
    saya.

    Contact :+6281263636746
    Whatsapp:+6281520944993
    Instagram: infotoursmedan
    Facebook :1. Eza purba
    2. pakej lawatan
    Email : infotoursmedan@gmail.com
    https://agenttoursmedan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Your holiday experience in Turkey is very memorable and very enjoyable. I like reading your blog. Thank you for sharing your vacation experiences and knowledge. theapartmentsubud.com

    ReplyDelete