Remaja's life :)

3:10:00 AM Gadislensa 0 Comments




Assalamualaikum.. hai..hoi :)

Syasya kembali ni :) 
    
       Setelah PMR habis, terasa sedikit kebebasan dan disitulah bermulanya erti kehidupan seorang remaja yang sebenar. Menjadi seorang Remaja sebenarnya bukan lah semudah yang disangka. Jadi boleh dirumuskan bahawa semua tugas perkembangan zaman remaja ialah satu persediaan yang perlu untuk seseorang kanak-kanak itu menjadi orang dewasa yang berperwatakan sihat dan dinamik.

oleh itu perdengarkan lah Sajak ku yang tak seberapa ini..

      
Aku Remaja
Punya Cita-Cita Aku Remaja Dunia Hari IniHidup Penuh Pancaroba

Remaja Itu Aku 
Berjalan Aku Melihat Dunia
Berlari Aku Mengejar Impian
Berenang Aku Meredah Cabaran


Remaja Itu Dunia Aku
Luas Terbentang Peluang 
Dan Pilihan
Tersilap Langkah Pastiku Rebah
Tepat Langkah Mara Tapakku Melangkah


Aku Remaja
Ingin Terbang Melayang Di Udara
Setinggi Pucak KuIngin Renangi
Untuk Aku Lebih Mengenali
Siapa Aku Sebagai Remaja



Biar Cita-Cita Menggapai AwanBiar Khayalan Tak BertepianBiar Dunia Menjadi UjianRapatilah Aku Dengan Belas KasihanNasihatilah Aku Dengan KelembutanKerana Aku Seorang Remaja

- Qasyiqnish-

"So lucky. But after pmr, that's where life start :)"- @human

"And prepare to go through upside down of your life and also know your true friends :D"- @human

yaa :) itulah kenyataan yang sebenar dan saya macam percaya tak percaya sekejap je dah melangkah ke usia begini.. Terima kasih tidak terhingga kuucapkan kepada kedua orang tua ku. Tanpa mereka mungkin saya tidak ada didunia ini.

Alhamdulillah bersyukur yang tidak terhingga kerana Allah s.w.t tak pernah berkira dengan saya.. memberi saya gas oksigen untuk bernafas setiap detik. Kedua ibubapa yang merawat dan menjaga saya sehingga remaja.

kadang2 terdetik di hati ini..betapa sabar dan tabah nya mereka menjaga dan mendidik ku dari kecil hingga besar.Pengorbanan mereka.... dan adakah sya mampu membalasnya(?) Alhamdulillah dibesarkan dalam didikan agama islam. I Should Proud :)

Remaja mudah sensitif dan ini sangat dapat dilihat melalui experience sya sendiri terhadap kawan2 sya.. tidak dinafikan :) *ecewahh experience bagai..*
Jangan susah sangat nak mencari contoh(?) jika diri anda sudah melalui alam remaja.. sepertinya you guys tahu lebih.. mengenainya.

Indah dilihat jika dicorakkan dengan pelangi :).. 

haha begitu puitisnya sya kali ini :) 

jadi sebagai seorang remaja anda hendaklah bijak memilih yang mana yang betul dan yang mana yang salah. Selamat Berjuang :) 

by FS

You Might Also Like

0 comments: